Sejumlah 160 peserta akan berentap pada peringkat akhir Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.<br />Pengerusi Penganjur MES 2021, Aimanhaq Zaharudin berkata hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 menjadi rebutan bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu PUBGM, FIFA 21 dan Mobile Legend Bang Bang.
